Salam Ramadhan

Alhamdulilah.. Hari ni genap 10 hari kita sebagai umat Islam menjalankan kewajiban kita sebagai seorang muslim atau muslimah.
Rasanya, masih belum untuk aku ucapkan salam Ramadhan kepada umat Islam di muka bumi ini.

Syukur kepada Allah kerana berikan aku peluang untuk berpuasa di samping keluarga aku. 

Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik kepada ibu bapa, adik beradik , dan diriku sendiri dalam menunaikan suruhan-Mu Ya Allah . dan tak lupa juga kepada umat Islam di seluruh dunia ini . Berikanlah kami ketabahan dan kesabaran ya hakiki Ya Allah..Amin
Harap, sempena bulan yang mulia ini kita dapat bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan dapat menjadi hambaNya yang sentiasa taat dan takut kepadaNya.
Bulan Ramadhan bukanlah bulan yang membebankan, malah ia bulan yang memberi 1001 manfaat kepada kita semua. 
Inshaallah :)

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..