PENIPUAN SEORANG IBU TERHADAP ANAKNYA



mak..inilah insan yang ALLAH pinjamkan untuk aku.. Insan yang banyak berkorban untuk aku dan adik beradik selain ayah.. Syurga kami terletak dibawah telapak kaki emak.. bukan kami je, suma makhluk muka bumi nie ok !! 

makk.. rasanya (emm,xde rasa2,,mmg pasti aku banyak buat salah kat mak aku) ..cek (saya) banyak buat salah kat mak..cek selalu memberontak,selalu mintak sesuatu yang sendiri x mampu bagi, cek slalu merajuk ngan mak, maafkan cek mak..cek lupa pergorbanan mak selama nie..cek lupa yang mak besarkan cek dari dalam kandungan mak hingga beso debab macam nie.., maafkan cek mak.

okeyh..mak  kita akan menipu asalkan boleh tgok anak-anak dia sihat n gembira..

PENIPUAN SEORANG IBU TERHADAP ANAKNYA
1. MAKANLAH, IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.

2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN.
Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adik-beradiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkata…Makanlah nak,ibu tidak suka makan ikan.

3. CEPATLAH TIDUR, IBU BELUM NGANTUK.
Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum sambil berkata,…Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi.


4. MINUMLAH, IBU TIDAK HAUS.
Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata….Minumlah nak,ibu tidak haus.

 

5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkata…Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.
   
6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.
Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit.

7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA.
Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkata…Tak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang.

8. JANGAN MENANGIS, IBU TIDAK SAKIT.
Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya…Penulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkata…Jangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap Pencipta-Nya.

 

Sehingga kini si anak diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.

Semoga ianya memberi pengajaran kepada kita betapa berharganya kasih sayang seorang ibu.. Sesungguhnya jasa ibu amatlah besar dalam hidup kita.. Kita selalu terlupa dengannya.. Sibuk dengan kehidupan mengejar kekayaan, penghormatan sehingga terlupa insan yang menjaga kita.. Wallahualam..




dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Jangan Izinkan Aku Jatuh Andai Belum Tiba Masanya!



Ya Allah,

Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

amin..

 
Artikel iluvislam.com 

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

aku perlukan kekuatan




segala persoalan sudah pun tjawab bagi budak-budak STPM/SETARAF 2011.. apa perasaan hampa sekarang ek??hepi?sedih?x puas ati?nak mengamuk?no komen? kalau ditanya apa perasaan aku sekarang..aku hanya mampu tersenyum,dalam ati aku aku sgt2 sedih,rasa bersalah,menyesal..entah la napa aku xdak langsung perasaan gembira sedangkan dulu aku tergedix-gedix nak hidup di negeri orang.. 

rasa bersalah timbul apabila aku dengar kos n yuran kt U tu mahal sangat.. mampukah mak ayah aku?? aku bukannya anak orang kaya..aku hanyalah anak seorang pesawah..aku xtau perasaan mak ayah aku cmna sekarang?? aku akan lebih rasa bersalah kalau aku tetap dengan perangai aku yg boros nie..

kepada kawan-kawan baru aku kelak, aku mintak maaf sekiranya aku terpaksa menolak pelawaan hampa ntuk makan mahal2,dress yg superhot, .. aku kena kuatkan ati aku.. aku xnak susahkan mak ayah aku,aku x mau mak ayah aku terasa beban ngan aku...aku masih ada adik-adik yg sekolah..depa pun perlukan duit..




niat aku satu saja.. aku nak jadi anak kebanggaan mak ayah aku..aku tau ,aku xkan mampu bayar balik apa yang mak ayah aku curahkan selama nie kat aku n adik beradik aku..tapi aku harap,aku mampu bagi secebis kesenangan kat mak ayah aku suatu ari nnt.

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

aku cinta mereka


aku cinta mereka2 semua.. sememangnya aku kasanova versi pompuan yg hangat2 aaron aziz...waa..hebat kn kita?? aku cinta mereka sgt2...separuh jiwa ku ntuk mereka .. aku x sanggup lukakn atau sakitkan hampa... hidupku ceria dengan kehadiran mereka2 semua..hidupku sempurna dengan kehadiran mereka..hidupku penuh dengan warna warni (pink,kelabu,itam,biru,merah,ungu,kuning,oqen) hidup aku x borink lg..

aku sangat marah dengan orang2 yang telah menyakitkan kaum kerabat hampa...sememangnya orang orang yang menyakitkan hampa patut diberi balasan yang secukupnya..

dah..aku xnak melebarkan cerita dongang nieh..pendek kata ..aku cinta gila kt hampa..walaupun aku x leh peluk hampa2 semua.. alashhan!

aku perkenalkan hampa2 semua kt belog aku yg buquk + comeyh = ayat x boleyh blah.. butakan mata sat saja.

tinggal kenangan..








dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

arap yg tbaek..



entry kali nieh just nk borak sal KEPUTUSAN UPU. waaaaaaaaaaaaaa!! very-very takot maa..sebenarnya aku rasa nyesal giler kot sebab pilih UM sbgai pilihan kedua aku,ditambah pulak dengan kos yang agak memgucar kacirkan jiwa aku time nieh. mak aku pesan jangan pikir sgt dengan kos tu, insyaallah ada la rezekinya nnt, yg penting study dulu.. cek tetap nyesal mak!!!

hampa nk tau,sejak aku melibatkan diri aku dengan form 6,aku telah menanam semangat untuk jadi cikgu BM yang solehah ..aisehhh (ayat x boleh blahh) wahahaha...tapi aku telah digemparkan dengan ceqita aku x layak jadik cikgu..hampa nak tau sai pa??MEDSI punya psal la nieh.. napa perlu ada MEDSI ha?? astagfirullah..terlebih marah pulak..

xpala...think positif wlaupun otak geliga aku nieh qeja nak pkir negatif ja..ish3..haha..

ok dah. . aku nak borak pasai KEPUTUSAN UPU laaa...bkn pasai MEDSI yg sombong tu..huhu

untuk budak2 lepasan  STPM/ MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA / SETARAF 2012 jangan ar lupa check keputusan UPU kita kt  sini

good luck !!!!
harap kita suma dapat memijak tanah universiti nnt... insyaallah


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..