Macam mana / Bagaimana / Cara nak download Running Man

Assalamualaikum Dunia =)

Ok malam ni tergerak hati nak kongsi cara untuk memuat turun Running Man. U know about Running Man ?? Running Man ialah variety show yang terpanas yang terhangat yang gila lawak yang akan membantu hampa mengurangkan kemurungan, tekanan, dan sebagainya. Setahu aku, rancangan ini dah 5 tahun ditayangkan. Aku minat sangat dengan rancangan tv ni sebab Running Man merupakan satu cara aku menghilangkan stress aku waktu belajar dulu. So aku punya la Google macam mana cara nak download Variety Show ni. Sekarang aku dah ada  episod 1 hinggalah yang terbaru. Cara-caranya akan aku ajar satu persatu.

1. Klik link ni  http://kshownow.asia/

2. Create an account

3. Tunggu selama 1 hari atau 24 jam (Akaun kshownow akan mengambil masa 1 hari untuk disahkan, maksudnya malam ni daftar esok baru boleh login. Beware !! jangan lupa username dan password )

4. Tengok bahagian download section di bawah tu ada macam macam Variety Show termasuklah
Running Man. So klik Running Man




5. Kemudian keluarlah segala mak nenek episod Running Man, silalah pilih nak yang mana. OK?




6. Contoh hampa pilih episod 263, akan keluar pelbagai link. seperti Openload, Mega, dan sebagainya.

7. Aku syorkan hampa ambik Mega lagi mudah kot dan lebih cepat dimuat turun andainya wi-fi anda
 laju seperti kilat bukannya seperti siput pig.

 Highlight seperti yang ditunjukkan  

Right click dan go to http bla bla


Ikut ja  .. Jangan banyak tanya









Kemudian, selamat memuat turun =)





Semoga sedikit sebanyak dapat tolong hampa. Muah Ciked. Ok Bai !!





dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Terjatuh cinta dengan ulat bulu

2.54 a.m. Mata ni masih lagi segar. Makin hari makin susah nak lelapkan mata. Sedangkan badan letih sangat sangat..
Btw, tinggal lagi 4 minggu lagi aku kat UM tercinta ni. Makin sayang pulak nak tinggalkan. Terlalu banyak kenangan yang tercipta kat sini. Segala suka duka suka aku lalui sepanjang 3 tahun kat sini. Tapi itulah kehidupan kan ?? kalau langsung rasa tak sedih macam tipu sangat je. 
Bila dah 3 tahun kat sini mustahil la kan kalau tak ada permainan hati kat sini. Yes!! I'm falling in love with him !! 3 tahun aku pendam perasaan aku kat dia. Makin singkat masa kami makin aku rasa sayang nak tinggalkan memori kami berkawan. Dia tahu ?? Mungkin dia tahu dan mungkin juga dia tak tahu. Rasanya lebih baik dia tak tahu daripada dia tahu. Sebenarnya aku takut di"reject" . Biarlah dia nak jadi ulat bulu ke, buaya ke, rimau ke, ko pe hal nak kesah pasai dia huda oii ? -_-

Kadang kadang aku rasa sangat berdosa, sebab terlalu lalai dengan perasaan aku. Aku cari inisiatif untuk lupakan hang, aku banyakan baca aq-Quran, solat sunat, dengar ceramah, dan aku PM ustazah siti Nor Bahiyah sebab aku nak selesaikan masalah hati ni. Aku kena ingat, aku ada komitmen lain. Komitmen aku terhadap mak ayah aku, komitmen aku terhadap tuhan aku, komitmen aku terhadap masa depan aku. 
Itu saja. Kbai. Assalamualaikum =( 

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..