Ya Allah




YA ALLAH,
jika aku jatuh cinta....
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu...
agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu.....


YA RABBI,
jika aku jatuh hati....
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya berpaut pada-Mu....
agar aku tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu...


YA RABBUL IZZATI,
jika aku rindu...
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...


YA RAFI',
jika aku menikmati cinta hamba-Mu...
janganlah kenikmatan itu melebihi nikmatnya bermunajat kepadamu..


YA MU'IZ...
jika aku jatuh hati pada hamba-Mu...
jangan biarkan aku terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepada-Mu...


YA AZIM,
jika aku merindui hamba-Mu...jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...



dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

aku nak gila !!!



ehem .. jangan nak bersangka buruk na dengan tajuk entry di atas . : p .. aku nak gila gara -gara drama ini .Siyesly romantik gila-gila drama nie  . aku nak jugak ! aku nak jugak ! watak zain hakimi tu memang sesuai dengan Amar Asyraf dan watak Elsalina memey sesuai dengan Nelydia Senrose.
mula-mula aku just tengok iklan drama nie kat tonton . tapi macam x best je . ignoring kan . tapi setelah aku balik kampung , aku tengok mak n adik-adik aku begitu gilakan drama nie . apa lagi ?? join sekaki ar.. memey best weyh !! so .. aku telah membuat keputusan untuk menghabiskan 1-13 episod dalam 1 malam .. LOL .. qenyeh a.k.a senyum sorang-sorang weyh . nak lelaki sesweet Zain Hakimi ? apakah wujud lelaki sebegitu di dunia ini ?? 




sweet kan depa ?



sebenarnya drama ini merupakan drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu **Setia Hujung Nyawa ** .walau bagaimanapun , drama ini agak berlainan dengan novel yang diadaptasikan tersebut . maybe untuk menambah kesweetan drama ini..


nota lutut : lagi baik ,kalau drama ini ditayangkan pada pukul 6-7 malam. bukan apa mesti ramai yang skip solat maghrib kan ? harap kita suma x mcm tu . :)) 


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..