Sahabat

Assalamualaikum dan selamat pagi umat-umat Nabi Muhammad sekalian. Sihatkah anda pada hari ini ? Dah mandi ? Dah makan ? dah kentut ? ok dah. -_-

Sebenarnya hari ini terbangun awal, jadi tak tahu nak buat apa. Oleh itu, hamba terasa untuk mengodek-godek blog hamba yang tidak berapa menarik ini. 

Celik je mata facebook la yang pertama aku bukak ( remaja pada masa ini). Ketawa sendiri apabila melihat 'notification' dipenuhi dengan komen kawan-kawan aku yang gila. Pagi-pagi dah bagi aku gelak macam orang gila, lebih teruk daripada aku tengok Running Man. Yang tekanannya membe-membe aku ni jenis kuat 'troll' orang. Habis gambar lama (zaman renaissance), gambar Instagram yang pelik sikit di'troll'. Arghhh .. aku tension dengan hampa wooii.. HAHAHA. Tapi tu la kan, tanpa hampa, aku tak akan 'hepi' kat sini , aku takkan ketawa kuat macam aku ketawakan adik aku yang jatuh terguling . HUHUHU. Mungkin kawan-kawan aku kenal aku sebagai seorang yang tidak bercakap banyak. Tapi aku memang seorang kuat gelak ! Aku tak kisah bila orang pandang aku semacam disebabkan aku gelak hodoh. Kisah pulak aku , janji aku boleh gelak. HIHIHI




Fatin Nabila. sahabat aku yang paling gila. Dia punya kata-kata ditambah pulak dengan nyanyuk dia, aku gelak separuh mati. Kalau keluaq dengan dia, tengok ja benda atau seseorang yang pelik, aku punyalah tahan buat tak tau. Bila dia pandang ja aku, aku tau apa yang dia maksudkan. Hang tak pala gelak tak bunyi fatin oiii,


Mastura Murad. doktor cinta aku yang tak berapa nak betoi. Selalu jadi mangsa atas keketotannya. HAHAHA. Dia tempat aku meluahkan segalanya, walaupun dia kecik dia la yang selalu pimpin tangan aku bila nak lintas jalan -_- . yang paling menci. dia suka aniaya aku terutamanya time aku lintas jalan.  huh !



 Jabatan Bahasa Batch 2012 /2013. Pi kelas cukup semangat bila adanya depa-depa ni. Sebab pi kalau tak gelak. tipu. Dulu masa sem 2, takut sebenarnya. Takut tak dapat biasakan diri dengan depa ni. Sangkaanku meleset. Bagi aku depa merupakan rakan-rakan yang sangat baik  walaupun kuat troll orang. Sungguh aku katakan, Semakin aku mengenali mereka, semakin aku takut untuk berpisah dengan mereka.


Sahabat.. aku hanya biasa, yang kadang-kadang terlebih emosi sama ada baik ataupun tidak. Maafkan aku kalau aku terkasar bahasa atau perbuatan.

Sahabat.. aku harap kita bukanlah berkawan untuk hari sahaja, tapi kita berkawan untuk selamanya.


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Kami menantimu MH370




sumber daripada : https://www.facebook.com/pages/Puisi-Doa-Buat-Pesawat-MAS-MH370/633582653345733


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..