Rasullullah dan Mueeza



Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.





 





Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak tiga kali.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai," (HR. Bukhari).

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.


untungkan Muezza ni, dapat belaian daripada Rasullullah. 


Sumber dari jurnalhajiumroh.com

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

mereka juga seperti kita

dua tiga hari nie perasaan sangat tersentuh apabila melihat kes-kes penganiayaan, tak kira lah penganiayaan ke atas manusia mahupun hidupan lain yang turut bernafas seperti kita. Perit kan kena dera ? Cuba kita bayangkan, kita sakit tetapi tak dapat nak luahkan dengan kata-kata. Kita sebagai manusia normal kalau kita sakit, kita akan merintih kesakitan, menangis, ada juga yang sampai meraung kesakitan.
Tetapi bagaimana dengan hidupan lain yang tidak dapat menunjukkan kesakitan mereka kepada kita yang Allah kurniakan dengan begitu sempurna.
Namun, yang paling menyedihkan apabila kita menggunakan hidupan ini untuk melepaskan geram dan membuktikan sikap kita yang tidak berhati perut.









rasanya tak salah kan untuk kita menyayangi mereka. Mereka tidak bersalah. Mereka juga makhluk seperti yang juga mahukan belaian dan kasih sayang. 

Kalau bab kahwin suka sangat bagi alasan ikut sunnah Rasullullah.. Jadi... kenapa tidak untuk kita meniru sunnah Rasullullah yang sayang kepada makkluk ciptaan Allah S.W.T 






dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..