Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang
diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya,
ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak
ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan
yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan
merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih
sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak tiga kali.
Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu
di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu
sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan
seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk
menyayangi kucing kesayangan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini
sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang
seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula
melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun
menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia
ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang
kecil yang ada di lantai," (HR. Bukhari).
Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu
tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum
kucing kerana dianggap suci.
untungkan Muezza ni, dapat belaian daripada Rasullullah.
Sumber dari jurnalhajiumroh.com
Ya Allah, betapa sygnyaa Rasulullah dengan kucing . Muezza bruntung sgt =)
ReplyDeletebetol tu Aisyah :) . untung sangat Muezza ni.
ReplyDelete