Macam mana / Bagaimana / Cara nak download Running Man

Assalamualaikum Dunia =)

Ok malam ni tergerak hati nak kongsi cara untuk memuat turun Running Man. U know about Running Man ?? Running Man ialah variety show yang terpanas yang terhangat yang gila lawak yang akan membantu hampa mengurangkan kemurungan, tekanan, dan sebagainya. Setahu aku, rancangan ini dah 5 tahun ditayangkan. Aku minat sangat dengan rancangan tv ni sebab Running Man merupakan satu cara aku menghilangkan stress aku waktu belajar dulu. So aku punya la Google macam mana cara nak download Variety Show ni. Sekarang aku dah ada  episod 1 hinggalah yang terbaru. Cara-caranya akan aku ajar satu persatu.

1. Klik link ni  http://kshownow.asia/

2. Create an account

3. Tunggu selama 1 hari atau 24 jam (Akaun kshownow akan mengambil masa 1 hari untuk disahkan, maksudnya malam ni daftar esok baru boleh login. Beware !! jangan lupa username dan password )

4. Tengok bahagian download section di bawah tu ada macam macam Variety Show termasuklah
Running Man. So klik Running Man




5. Kemudian keluarlah segala mak nenek episod Running Man, silalah pilih nak yang mana. OK?




6. Contoh hampa pilih episod 263, akan keluar pelbagai link. seperti Openload, Mega, dan sebagainya.

7. Aku syorkan hampa ambik Mega lagi mudah kot dan lebih cepat dimuat turun andainya wi-fi anda
 laju seperti kilat bukannya seperti siput pig.

 Highlight seperti yang ditunjukkan  

Right click dan go to http bla bla


Ikut ja  .. Jangan banyak tanya









Kemudian, selamat memuat turun =)





Semoga sedikit sebanyak dapat tolong hampa. Muah Ciked. Ok Bai !!





dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Terjatuh cinta dengan ulat bulu

2.54 a.m. Mata ni masih lagi segar. Makin hari makin susah nak lelapkan mata. Sedangkan badan letih sangat sangat..
Btw, tinggal lagi 4 minggu lagi aku kat UM tercinta ni. Makin sayang pulak nak tinggalkan. Terlalu banyak kenangan yang tercipta kat sini. Segala suka duka suka aku lalui sepanjang 3 tahun kat sini. Tapi itulah kehidupan kan ?? kalau langsung rasa tak sedih macam tipu sangat je. 
Bila dah 3 tahun kat sini mustahil la kan kalau tak ada permainan hati kat sini. Yes!! I'm falling in love with him !! 3 tahun aku pendam perasaan aku kat dia. Makin singkat masa kami makin aku rasa sayang nak tinggalkan memori kami berkawan. Dia tahu ?? Mungkin dia tahu dan mungkin juga dia tak tahu. Rasanya lebih baik dia tak tahu daripada dia tahu. Sebenarnya aku takut di"reject" . Biarlah dia nak jadi ulat bulu ke, buaya ke, rimau ke, ko pe hal nak kesah pasai dia huda oii ? -_-

Kadang kadang aku rasa sangat berdosa, sebab terlalu lalai dengan perasaan aku. Aku cari inisiatif untuk lupakan hang, aku banyakan baca aq-Quran, solat sunat, dengar ceramah, dan aku PM ustazah siti Nor Bahiyah sebab aku nak selesaikan masalah hati ni. Aku kena ingat, aku ada komitmen lain. Komitmen aku terhadap mak ayah aku, komitmen aku terhadap tuhan aku, komitmen aku terhadap masa depan aku. 
Itu saja. Kbai. Assalamualaikum =( 

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Sahabat

Assalamualaikum dan selamat pagi umat-umat Nabi Muhammad sekalian. Sihatkah anda pada hari ini ? Dah mandi ? Dah makan ? dah kentut ? ok dah. -_-

Sebenarnya hari ini terbangun awal, jadi tak tahu nak buat apa. Oleh itu, hamba terasa untuk mengodek-godek blog hamba yang tidak berapa menarik ini. 

Celik je mata facebook la yang pertama aku bukak ( remaja pada masa ini). Ketawa sendiri apabila melihat 'notification' dipenuhi dengan komen kawan-kawan aku yang gila. Pagi-pagi dah bagi aku gelak macam orang gila, lebih teruk daripada aku tengok Running Man. Yang tekanannya membe-membe aku ni jenis kuat 'troll' orang. Habis gambar lama (zaman renaissance), gambar Instagram yang pelik sikit di'troll'. Arghhh .. aku tension dengan hampa wooii.. HAHAHA. Tapi tu la kan, tanpa hampa, aku tak akan 'hepi' kat sini , aku takkan ketawa kuat macam aku ketawakan adik aku yang jatuh terguling . HUHUHU. Mungkin kawan-kawan aku kenal aku sebagai seorang yang tidak bercakap banyak. Tapi aku memang seorang kuat gelak ! Aku tak kisah bila orang pandang aku semacam disebabkan aku gelak hodoh. Kisah pulak aku , janji aku boleh gelak. HIHIHI




Fatin Nabila. sahabat aku yang paling gila. Dia punya kata-kata ditambah pulak dengan nyanyuk dia, aku gelak separuh mati. Kalau keluaq dengan dia, tengok ja benda atau seseorang yang pelik, aku punyalah tahan buat tak tau. Bila dia pandang ja aku, aku tau apa yang dia maksudkan. Hang tak pala gelak tak bunyi fatin oiii,


Mastura Murad. doktor cinta aku yang tak berapa nak betoi. Selalu jadi mangsa atas keketotannya. HAHAHA. Dia tempat aku meluahkan segalanya, walaupun dia kecik dia la yang selalu pimpin tangan aku bila nak lintas jalan -_- . yang paling menci. dia suka aniaya aku terutamanya time aku lintas jalan.  huh !



 Jabatan Bahasa Batch 2012 /2013. Pi kelas cukup semangat bila adanya depa-depa ni. Sebab pi kalau tak gelak. tipu. Dulu masa sem 2, takut sebenarnya. Takut tak dapat biasakan diri dengan depa ni. Sangkaanku meleset. Bagi aku depa merupakan rakan-rakan yang sangat baik  walaupun kuat troll orang. Sungguh aku katakan, Semakin aku mengenali mereka, semakin aku takut untuk berpisah dengan mereka.


Sahabat.. aku hanya biasa, yang kadang-kadang terlebih emosi sama ada baik ataupun tidak. Maafkan aku kalau aku terkasar bahasa atau perbuatan.

Sahabat.. aku harap kita bukanlah berkawan untuk hari sahaja, tapi kita berkawan untuk selamanya.


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Kami menantimu MH370




sumber daripada : https://www.facebook.com/pages/Puisi-Doa-Buat-Pesawat-MAS-MH370/633582653345733


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Rasullullah dan Mueeza



Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.





 





Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak tiga kali.

Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai," (HR. Bukhari).

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.


untungkan Muezza ni, dapat belaian daripada Rasullullah. 


Sumber dari jurnalhajiumroh.com

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

mereka juga seperti kita

dua tiga hari nie perasaan sangat tersentuh apabila melihat kes-kes penganiayaan, tak kira lah penganiayaan ke atas manusia mahupun hidupan lain yang turut bernafas seperti kita. Perit kan kena dera ? Cuba kita bayangkan, kita sakit tetapi tak dapat nak luahkan dengan kata-kata. Kita sebagai manusia normal kalau kita sakit, kita akan merintih kesakitan, menangis, ada juga yang sampai meraung kesakitan.
Tetapi bagaimana dengan hidupan lain yang tidak dapat menunjukkan kesakitan mereka kepada kita yang Allah kurniakan dengan begitu sempurna.
Namun, yang paling menyedihkan apabila kita menggunakan hidupan ini untuk melepaskan geram dan membuktikan sikap kita yang tidak berhati perut.









rasanya tak salah kan untuk kita menyayangi mereka. Mereka tidak bersalah. Mereka juga makhluk seperti yang juga mahukan belaian dan kasih sayang. 

Kalau bab kahwin suka sangat bagi alasan ikut sunnah Rasullullah.. Jadi... kenapa tidak untuk kita meniru sunnah Rasullullah yang sayang kepada makkluk ciptaan Allah S.W.T 






dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Aku masih seperti dahulu






apa habaq ... ???? sihat ka ??

tetiba hari ni terpikir pasal persahabatan. aku rindu persahabatan yang ikhlas. aku inginkan sahabat yang betol betol namanya sahabat yang ada tika aku sedih dan gembira. aku tau, aku bukanlah seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan aku tapi aku cuba menjadi yang terbaik. Yee.. aku akui mulut aku agak jahat, aku suka memendam tapi sekali aku luahkan, mungkin retak persahabatan itu. 

Mungkin ada yang menyatakan aku seorang pendiam, tapi pendiam itu bukanlah diri aku yang sebenar. Kawan yang betol betol kawan sahaja yang tau aku nie bukanlah pendiam sebab aku memang suka menyakat, bergurau, melalut dengan kawan-kawan. 

Sebab tu kot dok single mingle sampai sekarang :p (okay, mood galak mai dah ) sebab tak pandai bergaul. Tapi aku bukan sombong tau sebab dalam family aku tak cakap banyak. Kalau aku cakap banyak pun hanya dengan adik perempuan aku. Dengan dia aku mengarut teruk. hahahaha... sabaq adik naaa.

hmmm.. gua sudah kehabisan ayat. tetiba rindu rumah.  kbai !



dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Salam Ramadhan

Alhamdulilah.. Hari ni genap 10 hari kita sebagai umat Islam menjalankan kewajiban kita sebagai seorang muslim atau muslimah.
Rasanya, masih belum untuk aku ucapkan salam Ramadhan kepada umat Islam di muka bumi ini.

Syukur kepada Allah kerana berikan aku peluang untuk berpuasa di samping keluarga aku. 

Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik kepada ibu bapa, adik beradik , dan diriku sendiri dalam menunaikan suruhan-Mu Ya Allah . dan tak lupa juga kepada umat Islam di seluruh dunia ini . Berikanlah kami ketabahan dan kesabaran ya hakiki Ya Allah..Amin
Harap, sempena bulan yang mulia ini kita dapat bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan dapat menjadi hambaNya yang sentiasa taat dan takut kepadaNya.
Bulan Ramadhan bukanlah bulan yang membebankan, malah ia bulan yang memberi 1001 manfaat kepada kita semua. 
Inshaallah :)

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Kisah Nabi Muhammad SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta

Di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawarah, terdapat seorang pengemis tua yang buta berbangsa Yahudi, setiap hari apabila ada orang yang menghampirinya, dia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong, tukang sihir, apabila kamu mendekatinya kamu akan dipengaruhinya.”.
Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam mendatanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah perkataan pun, Baginda Sallallahu’alaihi wasallammenyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. RasulullahSallallahu’alaihi wasallam melakukannya sehingga menjelang Baginda wafat.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
.
Suatu hari Abu Bakar, Radi-Allahu anhu, as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya AisyahRadi-Allahu anha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”
Aisyah Radi-Allahu anha menjawab pertanyaan ayahandanya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.”
“Apakah itu wahai anakku?”Tanya Abu Bakar Radi-Allahu anhu.
 “Setiap pagi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang berada di sana.” Jawab Aisyah Radi-Allahu anha..
Keesokan harinya, Abu Bakar Radi-Allahu anhu membawakan makanan dan menemui pengemis Yahudi buta tersebut.
Pengemis Yahudi buta ini selalu menjerit-jerit dan berkata kepada orang yang mendekatinya; “Wahai saudaraku… janganlah kamu mendekati Muhammad. Jangan sampai kamu terpedaya dengan tipu dayanya. Dia itu orang gila, tukang sihir, suka menyebarkan fitnah dengan agama barunya..!!”
Kata-kata itu kerap meluncur keluar dari mulut si pengemis tanpa henti setiap hari. Perkataan buruk yang merendahkan darjat seorang nabi. Abu Bakar Radi-Allahu anhu pun kehairanan, kenapa Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam tetap memberi makan kepada orang yang menghinanya setiap hari.
.
Sesampai sahaja di hadapan pengemis itu, Abu Bakar Radi-Allahu anhu terus memberikan makanan. Ketika Abu Bakar Radi-Allahu anhu mulai menyuapinya, pengemis itu mengherdik sambil berteriak, “Siapakah engkau?”
Abu Bakar Radi-Allahu anhu menjawab, “Aku adalah orang yang setiap hari datang dan memberi kamu makan..”
Abu Bakar Radi-Allahu anhu meyakinkan bahawa beliau adalah orang yang setiap hari memberikan ia makanan. Akan tetapi pengemis Yahudi buta itu tidak percaya kerana orang yang selalu memberinya makanan jauh lebih lembut dan lebih sabar dalam menyuapinya.
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa setiap hari memberiku makan..!”Kata si pengemis buta itu.
“Apabila dia (Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam) datang ke sini, aku tidak pernah kesusahan memegang makananku dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” tambah pengemis itu menyambung kata.
Abu Bakar Radi-Allahu anhu tidak dapat menahan air matanya kerana terharu mendengar akhlak dari Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam. Baginda Sallallahu’alaihi wasallam selalu datang memberi makan dan menyuapi mulut orang yang setiap hari dari kata mulut itu, hanyalah ucapan kotor dan hina yang merendahkan dan melecehkan diri Baginda. Ucapan kotor dan umpatan dibalas dengan suapan makanan dengan kasih sayang. Allahu Akhbar!
.
Dengan linangan air mata, Abu Bakar Radi-Allahu anhu menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang setiap hari memberimu makan, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Beliau tidak akan datang lagi ke sini untuk memberimu makan.”
Mendengar hal itu, pengemis itu menangis dan berkata, “Apa salahku sehingga dia sudah tidak mahu menemuiku lagi? Sampaikan permintaan maafku sehingga dia mahu mendatangiku lagi..”
“Orang yang mulia itu telah tiada. Beliau sudah meninggalkan dunia ini dan akulah yang akan menggantikan Beliau. Aku adalah Abu Bakar sahabat Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam adalah orang yang setiap hari menyuapimu..”  Kata Abu Bakar Radi-Allahu anhu.
.
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar Radi-Allahu anhu, seketika itu juga linangan air mata pengemis Yahudi buta makin deras membasahi pipinya, dia menangis menyesal dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan melecehkan harga dirinya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun, dia tetap mendatangiku setiap hari dengan membawa makanan dan dengan sabar menyuapiku, dia begitu mulia.” .
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah.” Ujar pengemis buta itu lagi.
Ketika itu juga, pengemis Yahudi tua yang buta tersebut mengucapkan dua kalimat Syahadah dan memeluk Islam di hadapan Abu Bakar Radi-Allahu anhu. Keperibadian Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah SWT..
.
Dari cerita ini, jelas sudah betapa tingginya akhlak Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam. Baginda tidak pernah membenci orang yang mengumpatnya. Bahkan RasulullahSallallahu’alaihi wasallam tidak pernah membenci orang Yahudi atau Nasrani.
.
Dari Jabir Radi-Allahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallambersabda, “Di antara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya.” (Hadith Riwayat At-Tirmizi r.a.)


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

10 info tentang bayi yang konfem anda tidak tahu







1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. 
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. 
Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. 
Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. 
Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. 
Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. 
Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. 
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...oleh itu bakal2 ibu..elakkan stress semasa mengandung)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. 

Sebab itulah bayi nampak comel :)



dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

OPKIM Langkawi 2013

sihat tak muslimin muslimat ?? mid tem sudah pun berlalu, maksudnyaa aku n student-student UM yang lain akan menghadapi final exam tak lama lagi .. assignment bertimbun dihiraukan . hmmm .. macam nie ka nak dapat dekan .. dalam mimpi je laa wahai nurul huda.. 
OPKIM langkawi 2013 . alhamdulilah, angan-angan nak jejakkan kaki di Langkawi dah pun tercapai . walaupun aku nie aku nie orang kedah . nampak x , aku nie jarang keluaq jalan-jalan ?? nampakkk kann..
yang aku boleh simpulkan tentang OPKIM 2013 nie best laaa..  kepuasan hati x la 100% peratus.. mungkin dalam 70 %.. 
dalam 70% yang aku suka dan puas hati , masa kat Haji Ismail Group, perkampungan keluarga angkat (layanan keluarga angkat kepada kami alhamdulilah sangat baik !! ) , perkhidmatan homestay yang bagus, senior-senior PERMADAH yang baik , BBQ yang sedap dan lazat :p..
yang 30% , aku  tak suka masa pengisian rohani kat homestay (sangat-sangat tak suka sebab kami masih belajar dan plezz jauhkan diri kami dengan permainan politik ), kurang aktiviti yang disediakan tapi Inshaallah perkara tersebut boleh diperbaiki kan ?? , .. hmmm .. tu je kot :))
gambar-gambar aku kongsi dengan hampa semua
( gambaq-gambaq ini , semuanyaa aku cilok .. hehehe.. cek mintak maaf )



























imam muda azhar yang ehem  :))

























family angkat aku ..









itu jaaa.. maklumlaa kamera orang.....
bye .. assalamualaikumm :))

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

canvas shoes .. lebiuuuu !!!!

apa habaq walaweyhhh ?? makin tembun atau makin kurus ? hahaha .. 
2 April 2013 kasut yang setia dengan aku akhirnyaa lekang jugakk .. persoalannya wahai kasut , kenapa lekang time aku tengah x dak duittt.. nampak tak permainan kasut nie? grrrrr....
kembali ke tajuk entry . -_- ..  sejak aku jadi student kt University of Money nie , aku mulai suka dengan canvas shoes.. x tau la pasai apa. mungkin designnya yang simple . harganya tak la mahal. berpatutan.











hanya kasut macam nie ja aku mampu pakai . nak pakai wedges ? konpom tiap-tiap hari kena p mengurut sebab asyik terleceh .. bila terleceh mula macam-macam keluar dari mulut . so , aku elakkan pakai wedges untuk elakkan megeluarkan ayat yang tak baik . :D .. 

sekian .. :*

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..