aku remaja biasa







Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.


Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.


Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.


Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana. 


Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa. 


"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."

Allah berfirman:


"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)


FirmanNya lagi:

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)


Allah berfirman lagi;

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)


Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah. 

Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut. 


Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah. 

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)






kredit by i luv islam

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

good luck walaweyh !

hai sayang-sayangku semua .. ari nie dah 23 hb disember dah .. tup2 dah nak exam dah weyh.. persediaan ? hmmm.. makin menjadi-jadi tahap kemalasan aku nie.. sebelum nie xla tido siang sangat .. la nieh ?? jangan ditanya..
 
2 Januari hampir semua budak2 UM akan bertarung nyawa untuk menjawab soalan exam termasuk aku la. sebenaqnya aku still xtau macam mana cara study budak U .. lolzzz.. kesian kan . 
dah la aku malaih nak sembang panjang2.. (sebenaqnya malaih nak taip)
kepada semua pelajar 
saya Nurul Huda bt Harun mendoakan saya dan kawan-kawan dapat jawab exam dengan sebaiknyaaaa..
good luck !


nota lutut : untunglaa sapa balik study week , sekurang2nya leh peluk mak ayah kan sebelum exam.


ok dah.. tacing2.

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

sprouts 8

bumi semakin tua, bumi semakin uzur.. sayangilah bumi anda, hargailah bumi anda
kurangkan pencemaran
sprouts 8 ialah 1 projek yang dilaksanakan oleh kolej kinabalu Universiti Malaya untuk menyedarkan komuniti kolej kinabalu.


















mesti diakhiri dengan muka owner dia kan :P
bye.. assalamualaikum.

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

first time


sihat x awak-awak semua ? saya sihat alhamdulilah.... sejak melangkah kaki n belajar kt UM tercinta nieh, bz giler2..xdak masa nak selongkar2 kita punya belog tersayang..

semalam, 5 november 2012 ..first time aku p muzium.. mmg excited giler,pertama kali la katakan..memang menarik .. dah ada anak nanti wajib bawak anak -anak p... hehe.. (Ok mood galak dah mai)

just mengeshare ..












































sekian dari hamba...



assalamualaikum.. qenyeh selalu..


dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Terima Kasih ntuk segalanya..


terima kasih sgt2... u're ohsem ! ure the best !

nak tau sapa yg ohsem sgt tu??

cer baca..cer baca smpai abis..


1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!






Kredit: Kakibising
 

dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

takziah


semua sihat x ? ari nie dah 2 minggu aku stay kt kk8 tercinta nie..homesick?? x bapa sgt la.. bukannya lupa diri ke apa,just x nak belaja merungut n belaja berdikari jauh drpd family, blaja ntuk tidak bgantung kat owg len.. ye la kn selama makan ,tido n segala-gala nya free.tiba-tiba segala-galanya bbyar bila mjejakkn kaki kt bumi kampus. harap apa yang berlaku kat sini,aku sentiasa tabah n sabar dalam apa jua dugaan..ok dah !

berbalik kt aku punya title.. takziah?kt sapa?kepada kawan form 6 aku. kami mmg x rapat,tapi aku bergurau,bbual,melepak,qenyeh bersama..""kak chik fizoh dah xde"" itulah yg dikeluarkn oleh a'izah sahabat baikku yg berada di bumi UPSI..masa tu aku tengah membuta lagi walaupun jam dah menunjukkn 8.14 pagi..aku sangat tkejut n aku x myangkai sama sekali..sedih yang teramat..kata a'izah ,arwah excident pada 14 september 2012 dan menhembuskan nafas terakhir jam 1 pagi (15 sept 2012)..kami yang hanya kawan-kawan sangat sedih apatah lagi family arwah kan..walau apa pun,kita wajib trima qada' dan qadar yang ALLAH dah tetapkan dalam idup kita..YANG HIDUP PASTI AKAN MATI..tiada yang kekal melainkan yg esa..semoga NOR HAFIZOH @KAK CHIK FIZOH ditempatkan di sisi orang yg beriman n semoga rohnya dicucuri rahmat..AL FATIHAH..

Segala kenangan kita bersama akan aku abadikan selagi aku hidup.

najiha, arwah kak chik fizoh dan a'izah.


as salam



dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

Minggu haluansiwa UM 2012/2013



i'm back  !! wahahahaha... alhamdulilah minggu haluansiswa UM 2012/2013 dh menutupi tirainya pada 7 september lepas..hmmm..aku punya bayangan thadap haluansiswa Um salah sama sekali..tau napa salah??? aku ingat orientasi Um sama ngan orientasi U lain.. memang happening gilerrr kot..terupanya cheerssss..jerit habis !! aku budak kolej ke 8 a.k.a kinabalu.. so ,the cheers of the kinabalu colllege is  KINABALU !KINABALU ! GOTCHA SIR !. PM2 kolej ke8 sgt2 sporting n terbaik !!

Kalau sembang pasal penat ,memang penat sangat2 sebenarnya ditambah pulak dengan badan yang busuk, x cukup tido..tapi berbaloi weyhhh...grrrrrr..

part yang paling aku excited bila dapat jumpa dengan pemimpin2 negara ..ye lah kan aku nie mana pernah jumpa pemimpin..tambah2 dapat jumpa dengan idola aku iaitu TUN MAHATHIR MOHAMAD...x sangka rupanya tun lawak orangnyaa,mukanya bersih + suci ,..sejuk mata memandang...aisehhh..

malam bersama idola lak..kami dikejutkan dengan kehadiran LISA SURIHANI kot...yang aku dapat simpulkan psal lisa ,dia memang cantek,kelakar orangnyee n simple...kami gak dapat jumpa MEJAR FAIZ & ORANG KUAT MEDIA PRIMA( Xingat nama lorrrhh)..

pengacara orang yg paling bertuah
(INI X ADIL !!!)   :p

sebenarnya aku lebih kagum n bangga bila orang kedah jadi professor kt UM..cthnye skang nie aku tgh bangga ngan pengarah Akademi aku sendiri.. dia oqg kodiang la...aku oqg yan ...hheehehe...nak jadi macam dia !!!

lorrr nie ...aku rindu nak cheers weyh !!!

ok bhai !








dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..

aku ingin perasaan itu


salam ramadhan.. alhamdulilah dh 18 ramadhan..semoga kita semua dapat menhimpun banyak2 pahala di bulan yg mulia nie..

korang chat? posa camna,dh tinggal? org pompuan tnggal posa, biasa la tu kan..org laki pun tnggal posa gak??mmg cari nahas gak kn..hehe.

ok bbalik kt tajuk entry aku, AKU INGIN PERASAAN ITU.

just nak gitau aku ingin berpancaran semula..haha... dah lama kot single..teringin pulokk nak cintan cintun,,kih3..

kbai.



dah baca ?? cer komen sikit sayangg..ngee..